Mahathir Individu Paling Sesuai Jadi Orang Tengah Konflik Mesir



KUALA LUMPUR 1 Sept - Kredibiliti yang ditonjolkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada era kepimpinannya menjadikan beliau individu paling sesuai menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik di Mesir.

Pengarah Institut Pemikiran Dr Tun Mahathir, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz berkata, dengan kerjasama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Tun Mahathir berkemampuan untuk mendamaikan konflik yang antara rejim tentera Al Sisi dan Dr Mohamed Mursi.

“Rakyat seluruh dunia menghormati beliau kerana kejayaannya menjadikan Malaysia kekal sebuah negara Islam walaupun pelbagai agama dan kaum berada di negara ini. Negara Malaysia adalah sebuah negara Islam kecil dan mampu menyelesaikan konflik yang berlaku.

“Orang luar juga melihat kejayaan Dr Mahathir menjadikan Malaysia maju sepanjang 22 tahun pemerintahannya dengan memelihara kebajikan ekonomi setiap kaum. Beliau melakukan anjakan hidup Melayu dan Islam sehingga ramai yang berjaya,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Jelas beliau, Tun Mahathir yang selama ini meneraju Malaysia menerusi sistem demokrasi akan memberi impak positif kepada proses pendamaian di negara Timur Tengah itu.

“Saya yakin beliau boleh melakukannya. Kepimpinan akan dihormati apabila mampu memberikan kebajikan ekonomi kerana ia akan memberikan kesan kepada kestabilan politik dan sosial sesebuah negara,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik yang mahukan Tun Mahathir menjadi perantara ekoran beliau dikenali di serata dunia.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.