SHAH ALAM 14 Sept - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dijangka akan manambah kapasiti pembelajaran dalam memupuk usaha untuk melahirkan golongan belia yang mendapat kemahiran dalam bidang berkerja.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata penambahan tersebut perlu dilakukan tanpa membangunkan bangunan institusi IKBN yang baru sebaliknya memenuhi kapasiti disetiap institusi IKBN yang ada di Malaysia.
"Ini dapat kita lakukan tanpa kita lakukan intitut IKBN yang baru. Kita hanya memenuhi kapasiti yang ada dengan adanya "Double Shift" iaitu diantara sesetengah IKBN yang tidak memenuhi kapasiti dan juga ada IKBN yang boleh menambah kelas-kelas pembelajaran mereka dengan menggunakan Syif Tambahan.
"Dengan itu kita dapat menambah 5,000 (pelajar) lagi dalam tempoh setahun dua ini. Dan saya yakin bahawa tambahan ini kita akan dapat melahirkan lebih ramai lagi golongan belia yang tidak mengikuti akedemik di universiti tetapi mendapat kemahiran melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang disediakan oleh IKBN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 di Universiti Teknologi Mara disini, hari ini.
Tambah Khairy, perancangan penambahan para pelajar di IKBN itu amat penting bagi pihak KBS kerana ia selaras dengan permintaan Perdana Menteri untuk menambah bilangan pelajar di institusi tersebut.
"Perancangan saya untuk IKBN memang selari dengan apa yang Perdana Menteri mahu lihat iaitu apa yang kita tambah bilangan pelajar tetapi kokurikulum para pelajar di IKBN perlu kita menambahbaikkan lagi.
"Kokurikulum itu mesti dibuat dan dirangka dengan kerjasama sektor swasta supaya para pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran di IKBN, para pelajar akan mendapat peluang untuk kerja.
"Kokurikulum yang diajar di IKBN mestilah selari dengan permintaan yang diminta oleh sektor swasta itu sendiri," katanya.

0 comments:
Post a Comment