Insiden Lahad Datu Beri Kesan Mendalam

alt

KUALA LUMPUR 15 Sept - Insiden pencerobohan di Lahad Datu telah meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, tindakan pengganas yang menceroboh salah sebuah daerah negeri Sabah itu memerlukan keupayaan strategik dan perjuangan minda kerana ianya mencemar kedaulatan Negara.

"Maka dengan itu, rancangan pembangunan keupayaan dan strategik ATM di teliti semula bagi memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan sebarang kekurangan dalam menangani kes-kes seumpama ini," katanya kepada pemberita selepas sesi Wawancara Utusan Malaysia Dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia di sini, semalam.

Beliau menambah, didalam pelan pembangunan keupayaan strategik ATM iaitu 4 Dimension Malaysian Armed and Force (4DMAF) tidak meletakkan keupayaan ancaman di tahap rendah dan sederhana kerana ia keutamaan diperingkat atas.

"Ancaman tahap rendah dan sederhana rendah telah menjadi satu kenyataan yang telah kita alami,maka terdapat sedikit pengubahsuaian terhadap keutamaan dan sedikit pun tidak akan menjejaskan perlaksanaan 4DMAF.

Zulkifeli menegaskan, melalui peristiwa pencerobahan itu telah memberi kesedaran yang nyata kepada seluruh rakyat Malaysia serta agensi-agensi terlibat termasuk ATM tentang keamanan dan kedamaian dikecapi selama ini.

"Sekiranya kita leka, pada bila-bila masa pihak yang berada di luar sana boleh mengambil kesempatan dan mencabar kedaulatan negara pada bila-bila masa, secara tidak langsung ia boleh menggugat kedaulatan negara," katanya.

Tambah beliau, pihak kerajaan memandang serius terhadap isu pencerobohan yang berlaku, lalu menubuhkan 'Eastern Sabah Security Command/ Zone' (ESSCOM/ ESSZONE) dan mengambil langkah berjaga-jaga.

"Dengan tertubuhnya ESSCOM atau ESSZONE ini adalah untuk menentukan bahawa pencerobohan sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

"Kita juga tidak akan mengambil mudah malah sentiasa akan berwaspada pada kawasan-kawasan yang telah diceroboh serta kawasan-kawasan sekitar," katanya.

Pada Febuari lepas, Pantai Barat Sabah telah di ceroboh masuk oleh sekumpulan pengganas dari Selatan Filipina yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu di ketuai oleh Kiram atau nama sebenar adalah Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.