KUALA LUMPUR 11 Sept- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan dasar komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi, Sabtu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, antara dasar yang bakal dibentangkan termasuk pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.
Dalam pada itu, Najib yang mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter berharap agar perbelanjaan dalam projek Taman Biopolimer Kertih (KBP) dapat membangunkan industri bioteknologi negara.
Projek KBP menjadikan Malaysia sebagai perintis dalam bidang bioteknologi dan kompleks bio- penurasan generasi kedua yang terbesar di Asia.
0 comments:
Post a Comment