Jenice : Pemilihan Semula CEC Bercanggah Perlembagaan DAP

alt

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kongres Khas Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP perlu ditangguhkan kerana didakwa bercanggah dengan perlembagaan parti.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa berkata, Pemilihan CEC partI tidak boleh dianjurkan dalam mana-mana majlis selain dari Kongres Kebangsaan parti.

"Sekiranya DAP tidak mengikut seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti, Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkemungkinan besar akan sekali lagi mempersoal pemilihan terbaharu itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pimpinan DAP yang mengambil langkah secara drastik bagi menganjurkan Kongres Khas itu.

Katanya, tindakan sedemikian bakal mengundang risiko terhadap parti yang berhadapan dengan tindakan ROS.

"Mengapa perlu tergesa-gesa mengadakan pemilihan semula? Ikutlah seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Jika segelintir pemimpin DAP begitu lantang bersuara meminta semua pihak mematuhi undang-undang, mengapa tidak mereka sendiri?

"Dalam perlembagaan sudah tertulis perbezaan antara Kongres Kebangsaan dan Kongres Khas, pemilihan CEC tidak boleh dibuat atas platform Kongres Khas. Jangan biar ROS ambil tindakan lagi," ujarnya.

Jenice merujuk laporan laman portal Roketkini yang mendakwa, DAP akan mengadakan Kongres Khas 2013 di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor 29 September ini, mulai jam 10 pagi bagi memilih 20 anggota CEC

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.