KOTA KINABALU, 12 Sept - Wanita Umno Sabah menyambut baik keputusan anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said membatalkan hasrat bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Setiausaha Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata, keputusan itu mencerminkan kematangan Azalina dalam arena politik dengan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
"Keputusan Azalina itu sebagai satu pengorbanan besar demi keutuhan pergerakan itu, beliau berkata pergerakan Wanita Umno Sabah amat mengalu-alukan keputusan itu," kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah itu selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains 2013 peringkat Sabah dan Labuan semalam.

Jainab juga menjelaskan, kesemua 25 bahagian pergerakan Wanita Umno Sabah menyokong penuh kepimpinan penyandang jawatan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Semalam, Azalina mengesahkan pemberita telah membatalkan hasrat bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

0 comments:
Post a Comment