Ketua Wanita Umno : Azalina Sah Tarik Diri

alt
 
KUALA LUMPUR 11 Sept - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
 
Beliau berkata dalam kenyataan di laman facebooknya, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak terdekat.
 
"Kepada semua kawan-kawan, keputusan dibuat atas nasihat anda. Terima kasih," katanya.
 
Berkata The Star Online, Azalina turut mengesahkan penarikan tersebut.
 
"Ya, benar saya tarik diri daripada saingan," kata Azalina.
 
Sebelum ini, Azalina dilaporkan berkata beliau telah membuat keputusan untuk menarik diri selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi parti.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.