Mahkamah Tolak Permohonan Rayuan Kes Saman Felda

alt

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi kes saman 645 peneroka FELDA Maokil, Johor dari FELDA Maokil 1, 2, 3 dan 4 bagi ganti rugi am dan Kadar Perahan Gred.

Writ Saman difailkan pada 12 Jun 2009 mengenai dakwaan menuntut sejumlah RM70 juta serta gantirugi am dan berlakunya penipuan, kecuaian dan konspirasi terhadap kadar perahan minyak (‘oil extraction rate’) (OER) daripada ladang sawit mereka selama 17 tahun sejak tahun 1991.

Selepas mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua Peguam, Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan Pemohon / Peneroka di mana mereka gagal untuk membuktikan wujudnya persoalan terhadap undang-undang dan tiada merit dalam permohonan berkenaan.

Makhamah Persekutuan mengeluarkan arahan bahawa sejumlah RM5,000 akan dibayar oleh Pemohon / Peneroka kepada FELDA dan FPISB sebagai Kos di Mahkamah Persekutuan.

Fail saman ini melalui pelbagai peringkat di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mahkamah Rayuan Malaysia dan akhir sekali di Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Datuk S Kulasegaran dan Rajendra Kulasegaran menghadiri Mahkamah Persekutuan bagi pihak FELDA dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd (FPISB) manakala Majdah Muda, Yusfarizal Yussoff dan Muhd Azmi Talib hadir bagi 645 peneroka.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.