Noh Omar Tidak Pertahan Jawatan MT Umno

alt

SHAH ALAM, 6 Sept - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mengumumkan tidak bertanding untuk mempertahankan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan kali ini.

Beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Umno dan Barisan Nasional negeri berikutan senario politik di Selangor yang memerlukan komitmen tinggi.

"Ia juga bagi membolehkan beliau memberikan tumpuan selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan dalam memastikan segala projek dan peruntukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan berkesan untuk dinikmati dan dihargai rakyat Selangor", katanya pada Majlis Aidilfitri dan sambutan ulangtahun Kemerdekaan anjuran Pergerakan Wanita Umno Selangor di sini semalam.

Beliau menjelaskan, adalah penting bagi beliau menunaikan amanah dan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengembalikan Selangor ke pangkuan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Katanya, tindakannya juga sebagai menghormati suara sayap Umno negeri yang mahu wakil-wakil mereka bertanding dalam MT Umno.

"Saya janji kalau Selangor tidak ada perubahan iaitu hanya 12 ADUN BN atau kurang pada PRU14, saya janji lepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno, saya beri laluan kepada orang baru," katanya.

Antara wakil-wakil itu ialah Ketua Wanita Umno negeri Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Pemuda Umno Selayang Datuk Sohaimi Shahadan, dan Ketua Bahagian Puchong Datuk Mohamad Satim Diman.

Pada majlis itu, Noh mengumumkan sokongan Badan Perhubungan Umno Selangor kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia.

Raja Ropiah juga mengumumkan sokongan Wanita Umno Negeri kepada Shahrizat yang hadir pada majlis itu.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.