Kickdafella Setuju Mohon Maaf Husam Musa


KUALA LUMPUR 5 Sept - Penulis blog Kickdafella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa selepas kedua-dua pihak membuat bersetuju dengan keputusan tersebut.

Keputusan Husam dan Syed Azidi direkodkan dihadpaan Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong setelah kes tersebut disebut dihadapan beliau,

Berdasarkan keputusan tersebut, Syed Azidi bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang akan disiarkan menerusi blog peribadi beliau serta menerusi akhbar Sinar Harian dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Disamping itu, Syed Azidi juga perlu menyatakan kekesalan setelah menyiarkan artikel bertarikh 25 Julai 2012 dan akan memohon maaf diatas kekeliruan yang timbul ekoran penyiaran artikel beliau.

Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah dan tiada sebarang kos ditetapkan.

Husam memfailkan saman itu pada 21 Feb lalu. Beliau diwakili peguam Noorazmir Zakaria manakala peguam Datuk Jahaberdeen Mohd Yunos mewakili Syed Azidi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.