Pas Cadang Berdialog Pemimpin BN, Sasterawan Negara


KUALA LUMPUR 5 Sept - Pas mencadangkan agar pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) mengadakan sesi dialog bersama Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said sebelum membuat sebarang kenyataan kepada media.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sesi dialog diantara pemimpin tertinggi BN dan A.Samad perlu diadakan dan bukan mencemuh sasterawan negara itu di media.
"Pemimpin Umno-BN seperti Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek patut mengadakan dialog bersama Pak Samad dan bukan mencemuhnya di media," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu semalam yang tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.
Tambahnya, kenyataan Ahmad Shabery itu sebagai menghina A.Samad yang telah banyak memberikan sumbangan memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
"Apakah kerajaan boleh menidakkan sumbangan Pak Samad memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu hanya kerana apa yang diperjuangkan Pak Samad kini tidak mesra kerajaan?
"Ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui Bersih telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda," tambah kenyataan media itu lagi.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyarankan agar kerajaan BN tidak cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung kenaikan harga minyak dengan menjadikan A.Samad sebagai mangsa ataupun menggunakan alasan yang lain.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.