Pemilihan Semula CEC : Kenyataan Dua Pemimpin Tertinggi DAP Bercanggah

alt
 
KAJANG 5 September - Percanggahan kenyataan dua pemimpin utama DAP,Pengerusinya  Karpal Singh dan Setiausaha Agung,  Lim Guan Eng berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) membuatkan ahli parti itu semakin celaru.
 
Bekas Pengerusi DAP Sg. Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kenyataan Guan Eng yang mahu adakan pemilihan semula CEC pada 29 September ini bercanggah dengan kenyataan Karpal yang mahu diadakan pada bulan November.
 
"Mana satu akar umbi nak ikut sedangkan dalam parti sendiri bercelaru. Setelah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan CEC lepas kini tiada lagi yang berkuasa," katanya kepada pemberita dalam sidang media Sungai Long di sini hari ini.
 
Tambah Tuan Tat, tindakan tergesa-gesa Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas menunjukkan kegusaran beliau dalam karier politik apabila musuhnya diberi peluang untuk menghadiri pemilihan semula CEC akan datang.
 
"Kita difahamkan oleh beberapa bekas rakan dalam DAP jiwa Lim Guan Eng terganggu sebab semua musuh politik beliau akan diberi peluang untuk hadiri pemilihan semula CEC.Kenapa perlu tergesa-gesa?
 
"Guan Eng mahu adakan pemilihan semula secepat mungkin walaupun perlembagaan parti dibawah Clause 8, Artikel 6 memerlukan 10 minggu notis bertulis pada semua Setiausaha Cawangan," katanya.
 
DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu itu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.
 
Keputusan mengadakan pemilihan semula itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS kemudiannya membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.
 
Menurut Tuan Tat, salah satu daripada perwakilan mempunyai banyak cawangan dan menjadi tanggungjawab Guan Eng untuk berhadapan dengan setiap akar umbi yang merasakan diri mereka terpedaya dengan pemilihan CEC lepas.
 
Sebelum ini, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, sebanyak sembilan cawangan di bawah kelolaan beliau tidak dijemput.
 
"Setiap orang yang disingkirkan, mereka ada akar umbi mereka. Ini masalah Guan Eng yang perlu beliau atasi. Berapa kuat gunung berapi dia (Guan Eng) dapat tahan?," tegas Tuan Tat.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.