Pelihara Subsidi Minyak : Perkasa Gesa Potong Gaji Menteri

alt

KUALA LUMPUR 5 Sept - Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan langkah penjimatan kerajaan agar mengurangkan gaji kakitangan kerajaan seperti menteri dan timbalan menteri, pengarah dalam Senarai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebanyak 5%.

Presidenya Datuk Ibrahim Ali berkata, perlu ada penjimatan dalam kerajaan dengan berjimat cermat bagi mengatasi defisit negara bukan dengan memotong subsidi minyak.

"Dengan kenaikkan minyak 20 sen baru-baru ini, kerajaan sepatutnya juga mengumumkan pemotongan gaji pegawai kerajaan, menteri dan pengarah dalam GLC sebanyak 5%."

Tambah Ibrahim, kerajaan perlu menjalakan lebih banyak program-program yang lebih produktif dan bukannya berbelanja kepada pekara-pekara yang tidak bermanafaat.

"Pada saya, perayaan Hari Kemerdekaan itu penting, tapi kalau boleh dikurangkan kos dan ditumpukan kepada perayaan-perayaan yang lebih mendatangkan semangat jati diri.

"Ini kira sesetengah perbelanjaan ini tidak produktif, jadi kita cadangkan supaya ada penjimatan," katanya lagi.

Jelasnya lagi, Perkasa mendapat maklumbalas daripada rakyat yang rata-ratanya gelisah dengan kanikkan minyak petrol dan disel 20 sen baru-baru ini.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.