Dr. Mahathir Nafi Terlibat Projek IC

alt
 
KOTA KINABALU 10 Sept- Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan terlibat atau mengeluarkan sebarang arahan bagi melaksanakan 'Projek IC' yang memberikan kewarganegaraan kepada PATI.
 
 Beliau berkata, isu berhubung kad pengenalan terhadap pendatang tanpa izin itu diketahuinya sejurus beliau bersara dari memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
 
"Saya hanya baru mendengar mengenai projek IC, saya tidak tahu mengenai perkara ini, katanya.
 
"Nama saya telah digunakan di mana-mana dan digelar sebagai ultra rasis tetapi saya tidak ambil peduli," ujarnya.
 
Beliau yang merupakan saksi ke-209 berkata demikian ketika hadir menjawab berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
 
Sebelum ini, bekas Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin turut menafikan dakwaan bahawa beliau turut terlibat dalam kegiatan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah. 
 
Beliau menegaskan bahawa tidak menghiraukan isu ini kerana tidak terlibat dalam penglibatan pemberian kad pengenalan kepada warga asing. 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.