Pemimpin Politik Wajar Main Peranan Isu Agama - Fathul Bari

alt
 
PUTRAJAYA 11 Sept - Pemimpin parti politik sewajarnya memainkan peranan dalam isu melibatkan agama dan bukannya mengutamakan kepentingan politik semata-mata.
 
Pendakwah Islam Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya berkata sensitiviti terhadap isu agama terutamanya melibatkan agama Islam kini dilihat kurang mendapat sambutan berbanding agenda melibatkan kepentingan politik.
 
"Apabila berkaitan politik, kepentingan politik semua hendak memainkan peranan," katanya kepada wartawan RakyatNews selepas beliau turut sama hadir berhimpun memberi sokongan mempertahankan kalimah Allah di Istana Kehakiman Putrajaya semalam.
 
Tambahnya sebagai pemimpin Islam sewajarnya mereka memainkan peranan utama dengan menolak pemikiran singkat kerana isu melibatkan Islam perlu dipertahankan bersama-sama tanpa mengira fahaman politik.
 
Justeru itu beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) mengharapkan sokongan berterusan dapat diberi baik kepada barisan peguam mewakili kerajaan dan Majlis Agama seterusnya membuktikan keutuhan dan kekuatan dalam mempertahankan isu berkaitan Islam demi kepentingan generasi masa depan.
 
"Ini isu agama dan ia menjadi kepentingan untuk generasi akan datang," tegas beliau.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.